Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 kini rasmi dengan Snapdragon 888 4G dan generasi baharu Kamera Leica

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan HUAWEI P50 Series dan generasi tahun ini hanya hadir didalam dua varian iaitu HUAWEI P50 dan HUAWEI P50 Pro.

Seperti tahun-tahun dahulu, HUAWEI P50 Series menampilkan teknologi kamera yang luar biasa dan tahun ini juga tidak terkecuali dan masih terdapat penjenamaan Leica.

HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 memiliki sensor utama 50MP pada lensa 23mm dengan aperture f/1.8 dan pengstabilan imej optik OIS.

HUAWEI P50 Pro juga mempunyai satu sensor B&W 40MP iaitu pada lensa 26mm dengan aperture f/1.6 dan satu sensor ultrawide 13MP serta pemfokusan auto laser.

Selain itu, HUAWEI P50 Pro juga mempunyai lensa periskop 64MP yang menawarkan zoom sehingga 100x dan terdapat ciri XD Fusion Pro.

Dalam pada itu, HUAWEI P50 pula juga mempunyai sensor ultrawide 13MP dan sensor periskop 13MP. Kedua-dua telefon pintar ini juga memiliki kamera selfie 13MP.

HUAWEI P50 Pro akan ditawarkan dengan skrin paparan 120Hz OLED curved berukuran 6.6-inci yang mempunyai resolusi 1225 x 2700 piksel dengan kepadatan piksel 450 ppi dan sokongan HDR.

HUAWEI P50 pula hadir dengan skrin paparan 90Hz OLED berukuran 6.5-inci yang mempunyai resolusi 1224 x 2700 dengan kepadatan piksel 458ppi dan sokongan HDR.


Beralih kepada pemproses, HUAWEI P50 Pro akan ditawarkan didalam didalam dua versi iaitu Kirin 9000 dan Snapdragon 888 namun hanya menyokong rangkaian 4G dan ianya akan memiliki dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah 128GB/256GB dan 512GB.

HUAWEI P50 pula hanya akan ditawarkan dengan cip Snapdragon 888 4G yang memiliki 8GB RAM dan dua storan dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Kedua model ini juga hadir dengan slot MicroSD dan antaramuka HarmonyOS 2.0

Beralih kepada bateri, HUAWEI P50 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4,360mAh manakala HUAWEI P50 pula memiliki bateri berkapasiti 4,100mAh namun kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Selain itu, HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 juga hadir dengan pembesar suara stereo dan pensijilan kalir air dan habuk IP68.

Berikut adalah harga HUAWEI P50 Series :

HUAWEI P50 Pro (SD888) – 8/128GB – CNY 5,988 (RM 3,913)

HUAWEI P50 Pro (Kirin 9000) – 8/256GB – CNY 6,488 (RM 4,239)

HUAWI P50 Pro (Kirin 9000) – 8/512GB – CNY 7,488 (RM 4,893)

HUAWEI P50 Pro (Kirin 9000) – 12/512GB – CNY 7,988 (RM 5,220) – CNY 8,488 (RM 5,546)

HUAWEI P50 (SD888) – 8/128GB – CNY 4,488 (RM 2,932)

HUAWEI P50 (SD888) – 8/256GB – CNY 4,988 (RM 3,259)


HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 dijangka akan memasuki pasaran Global namun buat masa ini masih belum anda sebarang maklumat mengenainya diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.