Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

100,000 unit realme GT Neo2 terjual pada hari pertama jualan – pelancaran global pada Oktober

realme GT Neo2 telah dilancarkan minggu lalu dan jualan pertama telefon pintar ini di China telah menyaksikan realme berjaya menjual 100,000 unit realme GT Neo2.

Sambutan positif yang diterima oleh realme GT Neo2 adalah sesuatu yang telah dijangka dan telefon pintar ini akan memasuki pasaran global tidak lama lagi dengan India menjadi pasaran pertama pada Oktober.

Menyentuh sedikit spesifikasi, realme GT Neo2 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel AMOLED daripada Samsung ini juga mempunyai kecerahan maksima 1,300nits dan kadar pensampelan 600Hz.

 

Dari segi prestasi, realme GT Neo2 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 870 yang merupakan satu-satunya cipset dipasaran yang mampu beroperasi pada kelajuan sehingga 3.2GHz dan ianya dipadankan dengan 6/8/12 GB RAM dan storan dalaman 128/256 GB jenis UFS 3.1.

Pada bahagian kamera, realme GT Neo2 mempunyai sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Menyedari cipset Snapdragon 870 sahaja tidak mampu menyaingi telefon pintar gaming lain dipasaran, realme GT Neo2 juga telah dilengkapi dengan teknologi penyejukan gel yang mengandungi partikel berlian dan terdapat juga lapisan graphene gred industri aeroangkasa dan ruang penyejukan wap berukuran 4,129 mm persegi.

Ini membolehkan suhu operasi telefon pintar ini diturunkan sebanyak 18Ā° yang juga bermaksud prestasi realme GT Neo2 adalah 20% lebih baik berbanding realme GT Neo.

Selain itu, realme GT Neo2 juga mempunyai mod gaming GT Mode 2.0 dan realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11.

Beralih kepada bateri, realme GT Neo2 hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang dilengkapi pengecasan pantas 65W (0-100% dalam masa 36 minit).

realme GT Neo2 ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black Mint, Biru gradiasi dan Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.