Oppo K9 Pro kini rasmi dengan cip Dimensity 1200 dan skrin OLED 120Hz
Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo K9 Pro yang merupakan satu lagi model flasghip dengan spesfikasi yang menggagumkan.
Oppo K9 Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.43-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan sokongan HDR10. Panel ini juga meliputi 100% gamut warna DCI-P3 dan kecerahan maksima 800nits.
Beralih kepada bahagian dalaman, Oppo K9 Pro hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.
Ke bahagian kamera pula, Oppo K9 Pro tampil dengan tetapan tri-kamera iaitu satu sensor utama 64MP, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.
Oppo K9 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 60W, teknologi penyejukan vc cooling yang menurunkan suhu sehingga 17° dan antaramuka ColorOS 11.3 yang berasaskan Android 11.
Oppo K9 Pro kini ditawarkan di China didalam dua warna iaitu Obsidian Black dan Glacier Blue.
Berikut adalah harga Oppo K9 Pro :
Oppo K9 Pro 8/128GB – CNY 2,199 (RM 1,425)
Oppo K9 Pro 12/256GB – CNY 2,699 (RM 1,750)