Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sistem Face ID Apple iPhone 13 tidak boleh digunakan jika di gantikan dengan skrin pihak ketiga

Sistem Face ID Apple iPhone 13 tidak boleh digunakan jika di gantikan dengan skrin pihak ketiga 7
Apple telah lama di kritik kerana dengan sengaja menyukarkan produk keluaran mereka dibaiki oleh stor pihak ketiga.

Selepas kemaskini iOS 15, rata-rata pengguna telah mula menerima notifikasi bahawa panel skrin yang digunakan adalah tidak tulen selepas awal tahun ini notifikasi kamera ‘tidak tulen’ juga telah diberikan.

Sistem Face ID Apple iPhone 13 tidak boleh digunakan jika di gantikan dengan skrin pihak ketiga 8

Apple mendakwa notifikasi membantu pelanggan mengetahui bahawa iPhone mereka telah dipasang dengan komponen pihak ketiga yang tidak tulen atau secara tidak langsung mahu pelanggan membaiki iPhone mereka di pusat servis rasmi sahaja.

Dengan pelancaran Apple iPhone 13 Series baru-baru ini, Apple membawa sekatan ini ke satu tahap baharu apabila terdapat satu video pembaikan skrin iPhone 13 mendedahkan bahawa sistem TrueDepth (FaceID) tidak akan berfungsi jika ianya dipasang dengan panel skrin pihak ketiga.

Ini terjadi walaupun komponen sistem TrueDepth tidak ada pada skrin.

Sistem Face ID Apple iPhone 13 tidak boleh digunakan jika di gantikan dengan skrin pihak ketiga 9

Ini jelas menunjukkan bahawa Apple dengan sengaja telah meletakkan satu mekanisma yang mengesan samada panel skrin yang diganti adalah yang tulen dan bukanya dari pihak ketiga (OEM).

Apa yang mendukacitakan adalah pengguna seolah olah tidak diberikan pilihan untuk membaiki iPhone mereka di stor pihak ketiga memandangkan kos pembaikan di pusat servis rasmi adalah lebih tinggi malah waktu penambahbaikan juga lebih lama.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.