HUAWEI nova 9 Pro dan nova 9 kini rasmi dengan skrin OLED 120Hz dan pengecasan pantas 100W
HUAWEI secara rasminya telah melancarkan nova 9 dan nova 9 Pro untuk pasaran China yang tampil dengan panel skrin OLED dan tetapan quad-kamera 50MP.
HUAWEI nova 9 dan nova 9 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.
HUAWEI nova 9 hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.57-inci manakala nova 9 Pro hadir dengan skrin paparan berukuran 6.721-inci yang mana kedua-dua panel skrin ini mempunyai resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan sensor capjari dalam skrin. Kamera selfie pada nova 9 Pro adalah dua sensor 32MP (satu wide dan satu ultrawide) manakala nova 9 memiliki sensor 32MP.
Dalam pada itu, kedua-dua nova 9 dan nova 9 Pro memiliki sensor utama RYYB 50MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP.
HUAWEI nova 9 Pro juga tampil dengan sistem penyejukan VC graphene dan pengecasan pantas 100W bagi mengecas bateri 4,000mAh dari 0-100% dalam masa 20 minit sahaja.
HUAWEI nova 9 pula memiliki bateri 4,300mAh dengan pengecasan pantas 66W.
HUAWEI nova 9 dan nova 9 Pro hadir didalam 4 warna iaitu blue, purple, green dan black.
Berikut adalah harga HUAWEI nova 9 dan nova 9 Pro :
HUAWEI nova 9 8/128GB – CNY 2,699 (RM 1,747)
HUAWEI nova 9 8/256GB – CNY 2,999 (RM 1,941)
HUAWEI nova 9 Pro 8/128GB – CNY 3,499 (RM 2,265)
HUAWEI nova 9 Pro 8/256GB – CNY 3,899 (RM 2,524)