Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Buds 3 Pro dan Redmi Buds 3 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 139

Redmi Buds 3 Pro dan Redmi Buds 3 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 139 5
Pada malam pelancaran yang sibuk yang menyaksikan Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi 11T Series, Xiaomi 11 Lite 5G NE, Xiaomi Pad 5, syarikat ini juga telah memperkenalkan dua earbuds TWS iaitu Redmi Buds 3 Pro dan Redmi Buds 3.

Redmi Buds 3 Pro dan Redmi Buds 3 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 139 6

Redmi Buds 3 Pro

Redmi Buds 3 Pro adalah sebuah TWS yang hadir dengan reka bentuk premium dan ianya juga membawakan teknologi Hybrid Active Noise Cancelling pada kadae 35dB.

Redmi Buds 3 Pro juga memiliki pemacu besar berkuasa tinggi yang menawarkan panggilan yang jelas dan menyokong dual-device connectivity melalui Bluetooth 5.2.

Selain itu, Redmi Buds 3 Pro juga menawarkan 6 jam penggunaan didalam satu pengecasan namun ianya menawarkan sehingga 28 jam dengan bekas pengecasan dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar. Yea

Xiaomi Redmi Buds 3 Pro kini ditawarkan pada harga RM 239 di stor Xiaomi dan secara atas talian di Lazada dan Shopee.

Redmi Buds 3

Redmi Buds 3 adalah satu lagi TWS daripada syarikat ini namun ianya lebih mampu milik pada harga RM 139 sahaja.

Redmi Buds 3 juga dilengkapi dengan cip Qualcomm QCC3040 yang turut membawakan sokongan Qualcomm aptX Adaptive yang membolehkan pengguna menikmati pendengaran audio yang berkualiti tinggi.

Redmi Buds 3 memiliki pemacu audio 12mm yang disertakan bersama dua mikrofon dengan gesture control pada kedua-dua sisi earbuds ini.

Beralih kepada jangka hayat bateri, Redmi Buds 3 menawarkan 5 jam pendengaran melalui satu pengecasan atau maksima sehingga 20 jam dengan bekas pengecasan dan ia turut mempunyai pensijilan IP54.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.