Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Pad 5 dengan skrin paparan 120Hz dan Snapdragon 860 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

Xiaomi Pad 5 dengan skrin paparan 120Hz dan Snapdragon 860 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 7
Pada majlis pelancaran Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T, Xiaomi juga telah mengumumkan penawaran Xiaomi Pad 5 ke pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga dari RM 1,399

Xiaomi Pad 5 hadir dengan skrin paparan berukuran 11.0-inci dengan resolusi 2560×1600 dan kadar segar semula 120Hz.

Panel skrin 10-bit ini juga membawakan sokongan HDR10, Dolby Vision, kecerahan sehingga 500nits dan teknologi TrueTone.

Beralih kepada pemproses, Xiaomi Pad 5 hadir cip Snapdragon 860 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.

Pada bahagian kamera, Xiaomi Pad 5 hadir dengan satu sensor utama 13MP sahaja. Kamera selfie bagi Xiaomi Pad 5 adalah 8MP.

Beralih kepada bateri, Xiaomi Pad 5 mempunyai bateri yang lebih besar iaitu 8,720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W (hanya adapter 22.5W disertakan dalam kotak).

Xiaomi Pad 5 dengan skrin paparan 120Hz dan Snapdragon 860 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 8

Xiaomi Pad 5 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 24 September di Lazada, Xiaomi Pad 5 versi 6/128GB akan ditawarkan pada harga istimewa RM 1,299 sahaja berbanding harga asal RM 1,399.

Xiaomi Pad 5 dengan skrin paparan 120Hz dan Snapdragon 860 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399 9

Dalam pada itu, Xiaomi Pad 5 versi 6/256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 1,599.

Pra-tempahan akan dibuka mulai esok di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.