Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 11 Lite 5G NE kini rasmi di Malaysia pada harga serendah RM 1199 sahaja


Selain Xiaomi 11T Series, Xiaomi juga telah memperkenalkan Xiaomi 11 Lite 5G NE ke pasaran Malaysia.

Xiaomi 11 Lite 5G NE ini hadir dengan skrin paparan AMOLED DotDisplay berukuran 6.55-inci yang memiliki kadar segar semula 90Hz dan turut menyokong HDR10+. Kamera selfie 16MP juga disertakan.

Xiaomi 11 Lite 5G NE hadir dengan cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan 6 atau 8GB RAM jenis LPDRR4X dan 128GB storan dalaman jenis UFS 2.2

Pada bahagian kamera,Xiaomi 11 Lite 5G NE akan hadir dengan sensor utama 64MP, sensoe ultrawide 8MP dan sensor telemakro 5MP.

Beralih kepada bateri, Xiaomi 11 Lite 5G NE ini tampil dengan bateri berkapasiti 4,250mAh dengan pengecasan 33W.

Lain-lain ciri pada Xiaomi 11 Lite 5G NE adalah sensor capjari sisi, NFC dan kalis percikan air dan habuk IP53.

Xiaomi 11 Lite 5G NE akan ditawarkan didalam warna Truffle Black, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Snowflake White dan akan mula ditawarkan pada 24 September 2021.

Berikut adalah harga jualan Xiaomi 11 Lite 5G NE di Malaysia :

Xiaomi 11 Lite 5G NE 6/128GB – RM 1,199 (percuma 1 gantian skrin)

Xiaomi 11 Lite 5G NE 8/128GB – RM 1,399 – percuma 1 gantian skrin + Mi True Wireless Earphone Basic 2 untuk 5,000 pelanggan pertama

Xiaomi 11 Lite 5G NE 8/256GB – RM 1,599 percuma 1 gantian skrin + Mi Watch Lite 2 untuk 2,000 pelanggan pertama dan percuma Mi True Wireless Earphone Basic 2 untuk 5,000 pelanggan berikutnya.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.