Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile mengesahkan Apple iPhone 13 Series akan ditawarkan untuk pra-tempahan pada 1 Oktober


Syarikat telekomunikasi U Mobile secara rasminya telah mengesahkan akan menawarkan Apple iPhone 13 Series melalui pelan pascabayar mereka mulai 1 Oktober ini.

Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini dilancarkan dengan cip A15 Bionic, Kamera Sensor-Shift OIS pada harga dari RM 3,399

4 model Apple iPhone 13 yang dilancarkan minggu lalu iaitu iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13 dan iPhone 13 mini akan dibuka untuk pra-tempahan pada 1 Oktober sebelum mula ditawarkan secara rasmi 7 hari kemudian.

Walaupun telah mengesahkan penawaran Apple iPhone 13 Series, U Mobile tidak mendedahkan maklumat pelan yang akan ditawarkan untuk model-model telefon pintar Apple ini.

Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini rasmi dengan skrin Retina XDR ProMotion 120Hz dan fotografi makro pada harga dari RM 4,899

Maklumat lanjut mengenai pelan yang akan ditawarkan untuk Apple iPhone 13 Series dijangka akan diumumkan didalam masa terdekat dan anda boleh mendapatkan maklumat mengenainya di www.u.com.my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.