Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Microsoft Surface Go 3 kini rasmi di Malaysia – harga serendah RM 1,888 sahaja

Microsoft Surface Go 3 kini rasmi di Malaysia - harga serendah RM 1,888 sahaja 7
Microsoft secara rasminya telah mengumumkan bahawa Microsoft Surface Go 3 kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,888 sahaja.

Surface Go 3 memberikan kemudahan yang lebih besar bagi pengguna yang ingin berhubung, bekerjasama, dan bermain di mana sahaja.

Microsoft Surface Go 3 tampil dengan berat sekitar 544 gram dan ianya turut dilengkapi skrin paparan sesentuh 10.5-inci, kamera 1080p, mikrofon studio terbaik didalam kelas dan banyak lagi.

Microsoft Surface Go 3 kini rasmi di Malaysia - harga serendah RM 1,888 sahaja 8

Surface Go 3 adalah adalah peranti Surface 2-in-1  mudah alih yang sesuai untuk kerja rumah dan permainan harian anda. Direka untuk menyempurnakan Windows 11, Surface Go 3 adalah 60% lebih pantas dengan pemproses Intel Core i3, bateri sepanjang hari dan ciri keselamatan Microsoft.

Microsoft Surface Go 3 kini rasmi di Malaysia - harga serendah RM 1,888 sahaja 9

Selain itu, Microsoft juga turut mengumumkan tetikus Microsoft Ocean Plastic akan ditawarkan di Malaysia mulai 11 Oktober ini pada harga RM 119 sahaja.

Berikut adalah versi Surface Go 3 yang ditawarkan di Malaysia :

Microsoft Surface Go 3 – Intel Pentium Gold, 4GB RAM, 64GB eMMC WiFi – RM 1,888

Microsoft Surface Go 3 – Intel Pentium Gold, 8GB RAM, 128GB SSD WiFi – RM 2,588

Microsoft Surface Go 3 – 10th Gen Intel Core i3, 8GB RAM, 128GB SSD WiFi – RM 2,988

*Versi LTE Surface Go 3 akan ditawarkan didalam waktu terdekat

Surface Go 3 dan Ocean Plastic Mouse akan mula ditawarkan dari 5 Oktober dan 11 Oktober melalui penjual semula sah komersial seperti SoftwareONE , Maxis dan authorised retailers seperti  All ITGloo by SNSHarvey NormanLazada-Microsoft Authorised storePC ImageSenhengShopee-Microsoft Authorised store dan TMT by Thundermatch.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.