Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kerajaan AS pertimbangkan untuk menyenarai hitam semula Honor


Agensi keselamatan utama di Amerika Syarikat berbelah bahagi samada Honor patut disenarai hitam didalam senarai entiti yang menghalang eksport teknologi AS tanpa lesen khas.

Minggu lalu, 4 agensi keselamatan Amerika Syarikat tidak dapat mencapai kata sepakat samada Honor memberikan ancaman terhadap keselamatan A.S.

Honor Magic3 Series

Anggota kakitangan di Pentagon dan Jabatan Tenaga menyokong meletakkan syarikat itu dalam senarai hitam, manakala kakitangan di Jabatan Perdagangan dan Jabatan Negara menentangnya.

Isu tersebut telah dibawa ke peringkat pelantikan politik di keempat-empat agensi tersebut. Sekiranya mereka menemui jalan buntu, masalah ini dapat ditingkatkan ke peringkat Kabinet dan jika masih belum mendapat keputusan majoriti, Presiden Biden akan membuat keputusan akhir.

Walaubagaimanapun, Paul Triolo dari Eurasia Group berkata mendakwa Honor yang merupakan pengeluar telefon pintar sebagai ancaman kepada keselamatan negara Amerika Syarikat adalah keterlaluan dan beliau juga menambah produk Honor tidak ditawarkan di negara itu.

Tahun lalu, HUAWEI telah menjual Honor kepada Shenzhen Zhixin New Information Technology Co selepas ianya tidak lagi berupaya untuk membeli komponen yang diperlukan untuk meneruskan perniagaanya.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang keputusan yang diambil mengenai status Honor sebagai ancaman kepada keselamatan Amerika Syarikat dan penyenaraian hitam ini sudah pastinya akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada ekonomi AS.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.