Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Perkhidmatan ShopeeFood akan mula beroperasi pada 24 September ini di Lembah Klang


Shopee  hari ini telah memperkenalkan perkhidmatannya terbaru mereka iaitu ShopeeFood di Malaysia, yang boleh diakses menerusi ikon ShopeeFood di halaman utama aplikasi Shopee.

Dengan ini, para pengguna dapat membeli semua keperluan mereka, termasuk makanan, melalui Shopee.

Perkhidmatan ini akan dilancarkan secara berperingkat, dan akan ditawarkan kepada lebih 8 juta rakyat Malaysia yang menetap di Lembah Klang bermula 24 September, dengan ini menawarkan akses kepada pelbagai kedai makanan termasuk restoran-restoran popular seperti A&W, Burger King, Nando’s, Starbucks dan Tealive, serta gerai-gerai makanan tempatan.

Sebagai sebahagian daripada pelancarannya, ShopeeFood akan memberikan baucar Penghantaran Percuma dengan pembelanjaan minimum RM0 dan baucar diskaun bernilai hingga RM8 kepada pengguna-pengguna baharu.

Dari 24 hingga 28 September, ShopeeFood akan menawarkan tawaran makanan RM10 ke bawah untuk nilai yang lebih hebat, sementara stok masih ada. Lebih banyak promosi ShopeeFood akan diumumkan melalui laman Instagram mereka, @shopeefood_my.

maklumat lanjut di ShopeeFood

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.