Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Developer Conference (SDC) akan berlangsung pada 26 Oktober 2021


Samsung telah mengesahkan bahawa persidangan Samsung Developer Conference (SDC) akan diadakan pada 26 Oktober ini dan ianya adalah majlis pertama SDC untuk diadakan secara atas talian sepenuhnya.

Samsung Developer Conference (SDC) dijangka akan membawakan pengumuman menarik khususnya kepada komuniti pembangun aplikasi dan produk pintar.

 

Samsung Developer Conference sebelum ini telah menyaksikan Samsung memperkenalkan Bixby SmartThings SDK (Software Development Kit), One UI, perkhidmatan Smart TV dan Infinity Flex Display.

SDC telah menjadi pentas untuk Samsung memperkenalkan inovasi yang memberi kuasa kepada pembangun dan pencipta untuk membina perisian dan perkhidmatan masa hadapan.

 Pastikan anda mengikuti maklumat terkini memgenai SDC 21 di Samsung Malaysia Newsroom dan laman rasmi SDC .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.