Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Astro lancarkan aplikasi My Astro serba baharu yang lebih lengkap dan mudah diguna


Astro secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi My Astro yang serba baharu, direka semula sepenuhnya dengan penampilan baru yang segar dan ciri-ciri terkini untuk pelanggannya.

Aplikasi telefon bimbit terbaru ini adalah lebih mudah digunakan dan membantu semua pelanggan Astro menguruskan akaun Astro mereka.

Pelanggan boleh memuat turun aplikasi My Astro di iOS, Android dan Huawei mulai hari ini dan menikmati antara muka baru dan pengalaman pengguna yang ditingkatkan.

Ciri aplikasi My Astro ini merangkumi:

• Bayar Bil Astro – Kini anda dapat membayar bil anda dengan cara yang lebih cepat dan mudah.

• Pengurusan Akaun – Lihat penyata baki & bil yang belum dijelaskan, kemas kini maklumat hubungan anda dan banyak lagi.

• Beli Astro Best dan Astro First – hanya dengan satu klik butang, anda boleh menyewa kandungan Astro Best dan Astro First dengan mudah.

• Dapatkan sokongan Ejen – Hubungi perkhidmatan pelanggan kami melalui ejen live WhatsApp.

• Ikuti perkembangan terkini – Selalu dapatkan maklumat terkini mengenai produk dan penawaran kandungan terkini Astro.

• Ganjaran Eksklusif – Lihat pilihan tawaran hadiah terbaik dan baucar diskaun eksklusif untuk anda!

Muat turun versi terbaru aplikasi My Astro di Google Play, Apple iOS App Store, and Huawei App Gallery.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.