Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Series telah di kesan pada pangkalan data SIRIM

Apple iPhone 13 Series telah di kesan pada pangkalan data SIRIM 7
Majlis pelancaran yang dinanti ramai iaitu Majlis Pelancaran Apple akan berlangsung awal pagi esok dan kita akan menyaksikan pelancaran generasi baharu Apple iPhone.

Pada majlis pelancaran ini, Apple dijangka akan memperkenalkan 4 model iPhone 13 Series iaitu Apple iPhone 13 Mini, Apple iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Apa yang menarik adalah, Apple iPhone 13 telah dikesan di pangkalan data SIRIM yang menandakan pelancaran untuk pasaran Malaysia akan berlangsung lebih awal.

Apple iPhone 13 Series telah di kesan pada pangkalan data SIRIM 8

Model iPhone dengan kod A2643 ini telah dikesan di SIRIM dan ini merupakan langkah terakhir sebelum sesuatu telefon pintar atau produk elektronik memasuki pasaran Malaysia.

Apple iPhone 13 Series telah di kesan pada pangkalan data SIRIM 9

Dengan pensijilan SIRIM, Apple iPhone 13 Series dijangka akan ditawarkan di Malaysia pada penghujung bulan ini atau awal bulan Oktober namun terdapat juga kemungkinan pra-tempahan  lebih awal.

Selain Apple iPhone 13 Series, Apple juga dijangka akan memperkenalkan Apple Watch Series 7 pada pelancaran esok.

Majlis Pelancaran Apple iPhone 13 Series akan berlangsung pada 14 September ini

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.