Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jumlah pengguna HarmonyOS 2.0 kini telah melebihi 100 juta


10 hari lalu, HUAWEI mengesahkan HarmonyOS 2.0 telah mencapai 90 juta pengguna dan kini angka ini dikatakan telah melepasi angka 100 juta.

HarmonyOS 2.0 adalah sistem operasi yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI namun ianya masih berasaskan Android.

Selain itu, HUAWEI merancang untuk menawarkan kemaskini HarmonyOS kepada lebih 100 model dan proses ini akan berterusan sehingga tahun hadapan.

Ketika ini, jumlah model yang disahkan akan menerima HarmonyOS adalah 106 yang mana 75 daripadanya model seperti P40, Mate 40 dan Mate 30 series manakala selebihnya adalah generasi flagship sebelum ini yang termasuk HUAWEI P20 Mate 10 Series. HUAWEI nova 5i dan nova 4e juga telah ditambah kedalam senarai peranti yang menerima HarmonyOS.

Selain itu, HUAWEI juga sentiasa menambah senarai model kepada ujian beta umum dan pada masa yang sama juga menjalankan ujian dalaman.

Dalam pada itu, harus diingat bahawa jumlah 100 juta unit yang dikatakan ini hanya mengambil kira jumlah model sediada dipasaran dan bukan nya peranti yang dilancarkan dengan HarmonyOS.

HarmonyOS adalah sebuah platform yang menyokong pelbagai jenis peranti termasuk produk AIoT, televisyen pintar dan banyak lagi.

Syarikat pengeluar peranti pihak ketiga juga boleh menggunakan HarmonyOS Connect untuk membuat peranti yang boleh digunakan didalam eksositem yang luas ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.