Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Majlis Pelancaran Apple iPhone 13 Series akan berlangsung pada 14 September ini


Selepas lama diperkatakan , Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Apple iPhone 13 Series akan berlangsung pada 14 September ini iaitu dalam 7 hari sahaja lagi.

Majlis pelancaran yang paling dinantikan tahun ini akan menyaksikan Apple memperkenalkan generasi baharu telefon pintar iPhone 13 dan Apple Watch Series 7.

Bercakap mengenai iPhone 13, Apple dijangka akan memperkenalkan 4 model iPhone 13 iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max yang mana ianya mungkin menampilkan penggunaan skrin paparan 120Hz buat kali pertama.

Pelancaran rasmi Apple ini boleh disaksikan secara langsung di apple.com atau melalui aplikasi Apple TV.

Bagi kita di Malaysia, majlis pelancaran ini akan berlangsung pada awal pagi 15 September 2021 bermula jam 1 pagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.