Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee 9.9 Super Shopping Day – 45 juta barang berjaya dijual dalam masa 99 minit pertama


Shopee Malaysia
menyaksikan permulaan yang rancak untuk musim membeli-belah akhir tahun dan usaha berterusannya untuk memacu digitalisasi membuahkan hasil pada 9.9 Shopee Super Shopping Day ini.

Ia melaporkan bahawa festival membeli-belah utamanya telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 70,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan baharu yang menyertai jualan tersebut buat pertama kalinya.

Sementara itu, 50 PMKS tempatan teratas di platform – berdasarkan prestasi pendapatan dalam satu hari – masing-masing mencatatkan jualan purata berjumlah kira-kira RM350,000 dalam pada rakyat Malaysia menyahut pendekatanutamakan barangan tempatan”.

Para penjual juga menyaksikan peningkatan jualan semasa Midnight Madness Sale dari 12 tengah malam hingga 2 pagi apabila jumlah trafik pengguna melonjak tiga kali ganda berbanding hari biasa dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September.

Bagi pihak pengguna pula, rakyat Malaysia telah mengambil peluang untuk membeli pelitup mukaterutamanya jenis KF94 dan KN95, dengan lebih 10 juta keping direkodkan terjual pada 9 September. Pelindung muka atau face shield dan sut PPE juga merupakan dua daripada barangan yang paling laris dibeli memandangkan usaha memerangi wabak Covid-19 masih berterusan.

Pada masa yang sama, dengan ramai warga Malaysia yang kekal berhati-hati dan memilih untuk duduk di rumah, kelambu nyamuk magnetik DIY juga merupakan satu lagi produk yang banyak dijumpai dalam troli membeli-belah, dengan lebih 15,000 unit dijual. Rakyat Malaysia juga didapati sedang memulakan hobi atau mempelajari kemahiran baharu seperti mengait. Hasilnya, lebih 4,000 unit benang kait telah dibeli.

Shopee juga menyaksikan rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, selamat dan memberikan lebih nilai. Dengan jumlah kedai luar talian yang menerima ShopeePay meningkat sebanyak 35 kali ganda dari tahun ke tahun, rakyat Malaysia juga mengambil peluang untuk menikmati penjimatan hingga RM9 apabila mereka membeli Baucar ShopeePay dengan harga hanya 1 sen pada 9.9

Hari Pembelian Hebat dari portal dalam aplikasi Deals Near Me. Antara kedai yang menerima ShopeePay yang mencatatkan prestasi terbaik termasuk Petron, MR DIY, Eco-Shop, Family Mart, Lotus’s, KK Mart dan Tealive.

Di seluruh rantau: Shopee menyaksikan lebih daripada 45 jutabarangan dijual dalam masa 99 minit pertama jualan tersebut. Para pembeli juga menikmati penjimatan yang lebih dengan 60 juta baucar dituntut dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September semasa Midnight Madness Sale.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.