Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Global Produk HUAWEI akan diadakan pada 21 Oktober ini – mungkin HUAWEI P50 Series


HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa satu majlis pelancaran produk global akan diadakan di Vienna, Austria pada 21 Oktober ini dan kita mungkin menyaksikan pelancaran telefon pintar flagship HUAWEI P50 Series.

HUAWEI tidak mendedahkan apakah produk yang akan dilancarkan namun berdasarkan jemputan media yang dikeluarkan, ianya mungkin merupakan pelancaran global HUAWEI P50 Series.

Memandangkan tiada pelancaran HUAWEI Mate 50 Series tahun ini, calon paling sesuai adalah HUAWEI P50 Series yang telah dilancarkan di China pada bulan Julai namun terdapat juga kemungkinan pelancaran antarabangsa bagi HUAWEI Nova 9 yang akan dilancarkan di China pada 23 September ini.

HUAWEI P50 Series terdiri daripada dua model iaitu HUAWEI P50 yang menggunapakai cip Snapdragon 888 4G dan HUAWEI P50 Pro yang menggunapakai cip Kirin 9000 4G.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI P50 Series, baca laporan pelancaran telefon pintar ini : HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 kini rasmi dengan Snapdragon 888 4G dan generasi baharu Kamera Leica

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.