Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penstabil Gimbal telefon pintar DJI OM 5 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 689


DJI secara rasminya 
melancarkan DJI OM 5  dan ianya akan ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 689.

DJI OM 5, model terbaharu dalam siri Osmo Mobile yang popular kini dilengkapkan dengan penstabil telefon pintar yang ditambah baik serta pengapit telefon yang mempunyai reka bentuk kompak, lengkap dengan rod pemanjangan terbina didalam.

DJI OM 5 juga bersaiz lebih kecil dan lebih ringan berbanding pendahulunya.

Ciri-ciri DJI OM 5 juga melangkaui kemungkinan penstabil telefon pintar tradisional dengan menampilkan teknologi penstabilan 3-paksi yang terkemuka di industri, ciri ShotGuides terbaharu, dan peningkatan ActiveTrack 4.0.


DJI OM 5 akan ditawarkan di 
dalam dua warna menarik, Sunset White dan Athens Gray, dapat membantu pengguna menghasilkan kandungan video yang mantap dan unik dengan hanya beberapa sentuhan.

Ciri-ciri profesional yang lain dan mod penggambaran pra-program yang terdapat dalam DJI OM 5 termasuk:

Gesture Control: Mulakan dan hentikan rakaman video ataugambar secara mudah dengan menggunakan isyarat tanganuntuk mengawal DJI OM 5. Ciri ini sesuai untuk merakamswafoto atau rakaman berkumpulan tanpa memerlukanpemasa kendiri.

•  DynamicZoom: Hasilkan tampilan sinematik yang menarikdengan DJI OM 5 yang menyesuaikan fungsi zoom secaraautomatik untuk membuat peralihan latar belakang secaradramatik yang dipopularkan oleh Alfred Hitchcock.

• Timelapse, Motionlapse, Hyperlapse: Tunjukkan peredaranmasa dengan menggunakan Timelapse; Motionlapse yang akan menambah titik pergerakan pada gimbal; atau gunakanHyperlapse untuk bergerak bersama gimbal. Ketiga-tiga mod ini menggunakan teknologi Electronic Image Stabilization(EIS) serta gimbal 3-paksi untuk memastikan kelancaran hasilrakaman. Kongsi video kreatif anda dengan mudah di media sosial untuk dinikmati orang ramai di seluruh dunia.

• Panoramas: Pilih daripada tiga pilihan panorama untukmerakam perspektif yang lebih luas termasuk panorama 3×3, panorama 240° dan panorama “CloneMe” yang membolehkanpengguna menambahkan beberapa versi diri sendiri atausesuatu subjek dalam satu rakaman untuk kesan yang unik dan kreatif.

• Spin Shot Gimbal Movement: Diaktifkan dalam aplikasiDJI Mimo dan menggunakan joystick, gimbal akan memutartelefon untuk memberikan kesan putaran.

• Story Mode Templates: Pilih daripada salah satu templatyang telah ditetapkan untuk menambahkan kreativiti pada kandungan anda. DJI OM 5 menggunakan gerakan pra-set, muzik dan palet warna untuk menghasilkan video secarapantas yang sesuai untuk dikongsi di media sosial.

• Glamour Effects: Menyokong ciri pengubahsuaian secaraautomatik dan penyesuaian tetapan parameter. Glamour Effects akan diaktifkan secara automatik ketika beralih kekamera depan.

Selain itu, DJI turut melancarkan aksesori tambahan Fill Light Phone Clamp yang merupakan pengapit magnetik dengan lampu tambahan untuk meningkatkan cahaya pada gambar dan video.


DJI OM 5
ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Sunset White dan Athens Gray, pada harga RM689 yang termasuk pengapit magnetik, tripod, kabel kuasa, tali pergelangan tangan dan beg simpanan.

DJI OM 5 warna Athens Gray kini boleh di pra-tempah mulai sekarang melalui beberapa platform seperti kedai rasmi atas talian DJI di Lazada dan Shopee, peruncit sah, rakan kongsi dan penghantaran akan dibuat mulai 15 September 2021.

DJI OM 5 didalam warna Sunset White pula akan tersedia pada akhir September 2021 manakala Fill Light Phone Clamp pula akan dijual secara berasingan pada harga runcit RM199 dan akan tersedia pada akhir Oktober 2021.

Untuk
maklumat lebih lanjut, sila kunjungi: https://store.dji.com/product/dji-om-5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.