Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Flagship Vivo X70 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 22 September ini


Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu Vivo X70 Series akan dilancarkan pada 22 September ini.

Pelancaran global Vivo X70 Series ini akan menyusul selepas pelancaran di China yang dijadualkan akan berlangsung di China pada 9 September ini.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar Vivo ini diketahui namun terdapat kemungkinan lebih dari satu model Vivo X70 dilancarkan.

Selain itu, telefon pintar Vivo X70 Series ini juga dijangka akan hadir dengan sensor kamera yang menggunakan lensa daripada Zeiss yang terbukti mampu memberikan pengalaman fotografi yang lebih baik seperti pada Vivo X60 Series.

Majlis pelancaran Vivo X70 Series ini boleh disaksikan secara langsung di Facebook dan YouTube Vivo Malaysia pada 22 September ini bermula jam 7.30 malam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.