Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pemindahan Sejarah Sembang WhatsApp dari iPhone ke Samsung kini ditawarkan- berikut adalah cara nya


Memindahkan sejarah mesej WhatsApp anda dari iPhone ke peranti Samsung Galaxy baru anda kini menjadi lebih mudah.

WhatsApp telah melancarkan satu ciri yang mengekalkan enkripsi ketika anda memindahkan seluruh sejarah sembang WhatsApp, maklumat akaun, nota suara, media, foto, tetapan dan foto profil anda ke peranti Samsung baru anda.

Oleh itu, sejarah mesej WhatsApp anda tetap dan menjadi milik anda walaupun beralih dari platform iOS kepada Android atau telefon pintar Samsung secara khususnya.

Untuk memindahkan WhatsApp anda dari iPhone ke Samsung, ikuti langkah berikut:

  1. Hidupkan telefon pintar Samsung Galaxy baru anda dan sambungkan dengan kabel ke iPhone anda apabila diminta (kabel USB-C ke Lightning)
  2. Ikuti arahan Samsung Smart Switch
  3. Apabila diminta, imbas kod QR yang dipaparkan pada peranti baru menggunakan kamera iPhone.
  4. Tekan Mula pada iPhone anda, dan tunggu proses selesai.
  5. Teruskan menyediakan Samsung baru anda.Apabila anda sampai di skrin utama, buka WhatsApp dan log masuk menggunakan nombor telefon yang sama yang digunakan pada peranti lama (iPhone) anda.
  6. Tekan Import apabila diminta, dan biarkan proses selesai.

Selesai mengaktifkan peranti baru anda dan anda dapat melihat sejarah sembang Whatsapp anda pada telefon pintar Samsung baharu anda.

Untuk memastikan proses ini berjaya, terdapat beberapa kriteria yang perlu di tepati iaitu :

  • Peranti Android baru anda mestilah baru  atau ditetapkan semula ke tetapan kilang.
  • Aplikasi Samsung SmartSwitch versi 3.7.22.1 atau lebih tinggi pada peranti baru anda.
  • WhatsApp Android Versi 2.21.16.20 atau lebih tinggi pada peranti baru anda.
  • WhatsApp iOS versi 2.21.160.17 atau lebih tinggi pada peranti lama anda.
  • Kabel USB-C ke Lightning (atau adapter yang sesuai).
  • Gunakan nombor telefon yang sama pada peranti baru dengan peranti lama.

Buat masa ini, ciri pemindahan sejarah sembang dari peranti iPhone kepada peranti Android hanya di sokong pada peranti Samsung yang terpilih namun ciri ini dijangka akan ditawarkan dengan lebih meluas kepada semua pengguna Android.

Maklumat Lanjut di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.