Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Nova 8 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,899


HUAWEI secara rasminya telah melancarkan HUAWEI Nova 8 ke pasaran Malaysia pada harga RM 1,899 sahaja.

HUAWEI Nova 8 hadir dengan skrin paparan 90Hz Curved OLED berukuran 6.57-inci demgan resolusi FHD+, pemproses Kirin 820E, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.


Selain itu, HUAWEI Nova 8 juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.


Dalam pada itu, HUAWEI Nova 8 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,800mAh yang juga menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W.

Lain-lain spesifikasi HUAWEI Nova 8 adalah sensor capjari dalam skrin, EMUI 12, NFC, sistem penyejukan 3D Graphene dan Always On Display.

HUAWEI Nova 8 akan ditawarkan didalam warna Blush Gold pada harga RM 1,899.

Setiap pembelian HUAWEI Nova 8 juga akan menerima hadiah tambahan seperti berikut :

• Entertainment Gift Box
• Baucar Eksklusif HUAWEI (Online dan Offline)
• Akses Joox VIP untuk 1 minggu
200GB HUAWEI Cloud Storage untuk 1
bulan
HUAWEI Nova 8 kini boleh dibeli di HUAWEI Store Online, stor rasmi di Lazada dan Shopee.
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.