Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan melancarkan produk baharu pada 15 September ini – Mi Pad 5 untuk pasaran antarabangsa ?


Xiaomi telah mengesahkan bahawa satu majlis pelancaran global bagi beberapa produk baharu daripada syarikat ini akan berlangsung pada 15 September ini.

Walaubagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai apa yang akan dilancarkan oleh Xiaomi.

Berdasarkan khabar angin dan pelancaran di China sebelum ini, kita mungkin menyaksikan Xiaomi memperkenalkan tablet Mi Pad 5 Series dan Mi Mix 4 ke pasaran antarabangsa.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kemungkinan Xiaomi memperkenalkan telefon pintar Xiaomi Mi 11T memandangkan Xiaomi Mi 10T dilancarkan pada bulan September tahun lalu.

Selain dari itu, Xiaomi juga mungkin membuat kejutan dengan memperkenalkan telefon pintar foldable yang baharu.

Majlis pelancaran Xiaomi ini akan berlangsung pada 15 September ini bermula jam 8 malam dan boleh disaksikan di Facebook Xiaomi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.