Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Series dilaporkan akan hadir dengan sensor Face ID dalam skrin

Apple iPhone 14 Series dilaporkan akan hadir dengan sensor Face ID dalam skrin 1

Apple iPhone 14 Series dilaporkan akan hadir dengan sensor Face ID dalam skrin 2
Walaupun tidak digunakan secara meluas, teknologi Touch ID iaitu sensor capjari pada butang ‘Home’ masih digunakan pada iPhone SE (2020) dan beberapa model iPad.

Bercanggah dengan beberapa laporan sebelum ini, Mark Gurman telah memaklumkan kepada Bloomberg bahawa sensor capjari tidak akan kembali digunakan pada Apple iPhone 14 Series dan ke atas

Apple dilaporkan telah mencuba teknologi sensor capjari didalam skrin namun wartawan ini berkata syarikat Cupertino ini mungkin tidak memilih untuk menggunakan teknologi ini.

Ini bermaksud, Face ID akan kekal digunakan pada model iPhone 14 Series dan ke atas namun ianya adalah yang terbina didalam skrin.

Selain itu, Gurman juga mendakwa iPhone SE 2022 akan hadir dengan Face ID yang sama seperti pada generasi terkini iPhone dan bukanya yang terbina dalam skrin.

Beralih kepada iPhone 13 Series yang semakin hampir kepada tarikh pelancaran, ianya dijangka akan tampil dengan mod skrin Always On, notch yang lebih kecil dan skrin paparan dengan kadar segar semula 120Hz pada model Pro.

Dalam pada itu, pada generasi iPhone 14 Series, Apple dijangka akan menggunakan panel LTPO 120Hz pada semua model iPhone.

Pelancaran Apple iPhone 13 Series dijangka akan berlangsung bulan hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.