Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba realme Book kini rasmi di Malaysia pada harga promosi serendah RM 2,499 sahaja

Komputer riba realme Book kini rasmi di Malaysia pada harga promosi serendah RM 2,499 sahaja 7
realme secara rasminya telah melancarkan komputer riba pertama syarikat ini iaitu realme Book ke pasaran Malaysia.

realme Book adalah sebuah komputer riba kompak yang mempunyai skrin paparan IPS 14-inci dengan resolusi 2160×1440 dan panel skrin ini juga turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass.

Komputer riba realme Book kini rasmi di Malaysia pada harga promosi serendah RM 2,499 sahaja 8

realme Book ini hadir didalam dua pilihan pemproses iaitu pemproses generasi ke-11 Core Intel i3 dan intel i5 yang turut disertakan dengan grafik Intel Iris XE Graphics, kapasiti RAM LPDDR4x 8GB dan storan dalaman PCle SSD 512GB.

Selain itu, realme Book juga mempunyai sistem penyejukan  Dual-Fan Storm Cooling, pembesar suara stereo DTS, WiFi-6, realme Connect dan Windows 10 dengan kemaskini Windows 11 secara percuma.

realme Book juga memiliki bateri berkapasiti 54Wh dengan pengecasan 65W yang mampu mengecas komputer riba dari 0-50% didalam 30 minit.

Komputer riba realme Book kini rasmi di Malaysia pada harga promosi serendah RM 2,499 sahaja 9
Akhir sekali, berikut adalah slot I/O yang dimiliki oleh realme Book :

  • 1 slotType-C USB 3
  • 1 slot Type-C USB 4/Thundebold
  • 1 slot Type-A USB 3
  • bicu audio 3.5mm.

Berikut adalah harga realme Book di Malaysia

realme Book i3 8/256GB – RM 2,999 (RM 2,499 di Shopee pada 27 Ogos).

beli realme Book i3 di Shopee

realme Book i5 8/512GB – RM 3,499

beli realme Boook i5 di Shopee

realme Book akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee mulai 27 Ogos ini dimana versi i3 akan ditawarkan pada harga RM 2,499 sahaja iaitu dengan diskaun RM 500.

realme Book akan hadir dengan jaminan waranti selama 2 tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.