Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Menyeru Untuk Perpaduan dan Pandangan Positif Dengan Kempen Malaysia Di Hatiku

Dengan dorongan untuk meningkatan perpaduan pada masa mencabar, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pelancaran kempen Malaysia Di Hatiku, sebuah kempen bertema Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Kempen ini akan menampilkan lagu terbaru Malaysia Di Hatiku dan menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi hasrat dan keinginan mereka untuk negara yang lebih berpadu.

Hari Merdeka dan Hari Malaysia merupakan hari-hari yang penting yang melambangkan pembangunan negara.

Disebabkan ini, kempen Malaysia Di Hatiku ingin mengembalikan semangat muhibah rakyat Malaysia,terutamanyanya dengan cabaran semasa yang dilalui oleh semua.

Kempen Malaysia Di Hatiku akan disasarkan kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira generasi, kaum atau agama, sama ada penduduk di bandar atau di kampung, melalui lagu dan kempen yang akan berlangsung di atas platform TikTok.

Menyatukan Rakyat Malaysia Melalui Muzik

Universal Music Malaysia dan Samsung hari ini, telah mengumunkan pelancaran lagu Malaysia Di Hatiku, menampilkan bakat artis tempatan hip-hop Yonny Boii, Tabby daripada ahli kumpulan pop wanita Dolla, dan artist muzik rap Kmy Kmo danLuca Sikta.

Malaysia Di Hatiku boleh digambarkan sebagai lagu cinta akan negara. Selama kita hidup, kitaakan sentiasa mencintai negara kita. Di sebabkan ini, kita akan tetap taat kepada negara kita, walau susah dan senang mana sekalipun.

Lagu Malaysia Di Hatiku kini dimainkan di kesemua pelantar penstriman digital. Tontoni video muzik rasmi Malaysia Di Hatiku di YouTube 

Dari 20 Ogos sehingga 2 September 2021, Samsung juga melancarkan kempen#Malaysia Di Hatiku di atas platform media social TikTok.

Untuk menyertai, perserta hanya perlu merakamkan diri mereka berduet dengan artis Yonny boii atau Tabby. Atau jika mereka ingin duet yang lebih mencabar, perserta boleh cuba pertempuran rap dengan duo rapper Kmy Kmo dan Luca Sickta. Setelah selesai, perserta boleh muat naik video tersebut ke TikTok dengan memasukkan #MalaysiadiHatiku.

Tiga video yang paling kreatif akan berpeluanguntuk memenangi satu unit Samsung Galaxy A32 bagi setiap pemenang.

Pemenang 
akan diumumkan pada hari terakhir kempen, iaitupada Hari Malaysia, bertarikh 16 September 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.