Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba realme Book akan dilancarkan 18 Ogos ini dengan Skrin paparan 2K dan cip Intel i5 generasi ke-11

Komputer riba realme Book akan dilancarkan 18 Ogos ini dengan Skrin paparan 2K dan cip Intel i5 generasi ke-11 7
realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme Book akan dilancarkan secara rasmi pada 18 Ogos ini dan ianya akan turut memasuki pasaran India sebagai realme Book Slim.

Berdasarkan beberapa teaser yang dikeluarkan secara rasmi, kita telah mendapat pengesahan mengenai beberapa spesifikasi komputer riba pertama keluaran realme ini.

Komputer riba realme Book akan dilancarkan 18 Ogos ini dengan Skrin paparan 2K dan cip Intel i5 generasi ke-11 8

realme Book telah disahkan akan hadir dengan pemproses Intel Core i5 (generasi ke-11) manakaa skrin paparan paparan komputer ini adalah 2K Full Vision Display yang mempunyai resolusi 2160 x 1440 piksel dan 100% gamut warna sRGB.

Komputer riba realme Book akan dilancarkan 18 Ogos ini dengan Skrin paparan 2K dan cip Intel i5 generasi ke-11 9

Selain itu, realme Book juga telah disahkan akan hadir dengan ciri perkongsian realme PC Connect, rangka keluli dan pengecasan 65W.

Apa pun segala maklumat mengenai realme Book akan diketahui pada 18 Ogos ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.