Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Pad V7 Pro kini rasmi dengan skrin paparan 120Hz dan Cip MediaTek Kompanio 1300T – harga sekitar RM 1,700


Selepas pelancaran Honor Magic3 Series yang mencuri tumpuan global, Honor juga telah memperkenalkan tablet Android Honor Pad V7 Pro.

Honor Magic3 Pro dan Honor Magic3 kini rasmi dengan Snapdragon 888+, skrin OLED 120Hz dan pengecasan 66W

Honor Pad V7 Pro adalah model tablet palinng premium daripada syarikat ini dan ianya hadir dengan skrin paparan LCD 120Hz berukuran 11-inci dengan resolusi 2560×1600 dan kadar kepadatan piksel 276ppi.

Honor Magic3 Pro+ turut dilancarkan dengan Snapdragon 888+ dan 4 sensor kamera utama

Selain itu, Honor Pad V7 Pro juga hadir dengan cip MediaTek Kompanio 1300T yang diperbuat menggunakan proses 6nm dan dikatakan mampu menawarkan prestasi setaraf cip MediaTek Dimensity 1200.

Cipset ini juga dipadankan dengan dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB manakala storan dalaman adalah 128GB atau 256GB.

Pada bahagian belakang pula, Honor Pad V7 Pro juga hadir dengan sensor utama 13MP dan sensor depth 2MP. Resolusi kamera selfie tidak diketahui namun ianya mampu digunakan untuk membuat panggilan video 1080p.

Selain itu, Honor Pad V7 Pro juga memiliki 4 pembesar suara DTS:X Ultra.

Lain-lain spesifikasi Honor Pad V7 Pro adalah bateri berkapasiti 7,250mAh dengan pengecasan 22.5W, antaramuka Magic UI 5.0 yang berasaskan Android 11 dan perkhidmatan GMS untuk varian antarabangsa.


Dalam pada itu, Honor juga telah memperkenalkan stylus Magic Pencil 2 dan papan kekunci magnetik yang mempunyai trackpad dan pemegang stylus.

Honor Pad V7 Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Silver manakala warna Gold dan Blue pula adalah dengan kemasan kulit sintetik.

Berikut adalah harga Honor Pad V7 Pro :

Honor Pad V7 Pro WiFi 6/128GB – CNY 2,599 (RM 1,700)

Honor Pad V7 Pro WiFi 8/128GB – CNY 2,799 (RM 1,830)

Honor Pad V7 Pro WiFi 8/256GB – CNY 3,299 (RM 2,157)

Honor Pad V7 Pro 5G 8/256GB – CNY 3,799 (RM 2,484)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.