Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno6 Z- Telefon Pintar Midrange Terbaik Untuk Fotografi

OPPO Reno6 Z- Telefon Pintar Midrange Terbaik Untuk Fotografi 

OPPO baru-baru ini telah memperkenalkan telefon  pintar OPPO Reno6 Series 5G ke pasaran sebagai telefon pintar midrange yang berpatutan.

Siri OPPO Reno6 terdiri daripada dua model iaitu OPPO Reno6 dan OPPO Reno6 Z yang mana kedua-dua mempunyai kelebihanya yang tersendiri.

Sebelum mengulas lebih lanjut tentang OPPO Reno6 dan OPPO Reno6 Z, berikut adalah beberapa maklumat spesifikasi telefon pintar midrange terbaru Oppo ini.


OPPO Reno6 Z

OPPO Reno6 Z  hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci, pemproses MediaTek Dimensity 900 5G, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, pada bahagian kamera pula, OPPO Reno6 Z menampilkan penggunaan sensor utama 64MP yang dipadankan bersama sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

OPPO Reno6 Z kini ditawarkan di Malaysia pada harga super kompetitif iaitu hanya RM 1,699 manakala OPPO Reno 6 pula ditawarkan pada harga RM 2,399 dan berikut adalah sebab kenapa ianya adalah telefon pintar midrange terbaik untuk fotografi dan video dipasaran.

AI Portrait Expert

Kehebatan teknologi kamera pada telefon pintar OPPO bukanlah sesuatu yang mengejutkan namun dengan OPPO Reno6 Z 5G, ianya telah diangkat ke satu tahap yang lebih baik khususnya dari segi fotografi portrait.

OPPO Reno6 dan Reno6 Z tampil dengan sensor utama 64MP yang mempunyai algoritma AI khas yang dilengkapi dengan pelbagai ciri potrait menarik yang pasti memberikan anda imej potret terbaik diri anda.

Selain itu, fungsi Potrait yang ditawarkan pada OPPO Reno6 Series 5G juga dipanjangkan kepada video yang membolehkan anda merakam video potrait berkualiti tinggi untuk anda berkongsi detik istimewa dan indah bersama yang tercinta.


Bokeh Flare Portrait 

OPPO Reno 6 Z tampil dengan ciri pengambilan gambar portrait kelas profesional yang dikenali sebagai Bokeh Flare Potrait dan ianya ditawarkan pada kamera hadapan dan kamera selfie.

Bokeh Flare Portrait membolehkan cahaya pada latar belakang didalam mod ini diubah menjadi titik bokeh dan algoritma mod ini juga meningkatkan kecerahan subjek yang hasil akhirnya adalah satu fotografi portrait tahap profesional terbaik.

Dalam pada itu, ciri  Bokeh Flare Portrait ini boleh digunakan ketika anda mengambil gambar di waktu siang dan juga malam seperti di parti hari jadi, karnival, ketika bersenam di taman dan banyak lagi.

Mod Ultra Clear 108MP

OPPO Reno6 Z mungkin tampil dengan sensor utama 64MP namun tahukah anda bahawa telefon pintar ini juga mampu mengambil imej yang hampir dua kali ganda daripada resolusi sensor kamera ini.

Dengan menggunapakai algoritma Super-Resolution, OPPO Reno6 Z mampu mengambil gambar beresolusi 108MP yang dibantu teknologi eksklusif OPPO seperti Image Clear Engine dan sensor warna untuk memastikan hasil gambar 108MP yang terbaik.

AI Palette

AI Palette membolehkan anda menggunakan color scheme atau filter pada gambar yang diambil dari instagrammers kegemaran anda dan anda dapat menyimpan filter-filter ini untuk foto anda. Dengan AI Palette ni, instagram feed yang amat menarik dapat dihasilkan tanpa memerlukan sebarang kemahiran profesional dan hanya dengan satu klik je.

Flash Snapshot

Memiliki teknologi sensor kamera yang terbaik sahaja kadang-kadang tidak dapat menjamin detik-detik yang berlaku didalam sekelip mata dapat dirakam.

Detik atau saat istimewa ini mungkin berlaku ketika kita tidak langsung bersedia seperti langkah pertama seorang bayi berjalan atau pemandangan cantik ketika didalam kereta.

Mod Flash Snapshot telah dicipta untuk memastikan anda tidak terlepas momen seperti ini yang membolehkan gambar didalam masa yang singkat dan lebih penting jelas dan teliti tanpa sebarang kekaburan.

Ciri Flash Snapshot generasi baharu pada OPPO Reno6 Series ini juga telah dibangunkan dengan berlatar belakangkan teknologi Image Clear Engine eksklusif daripada OPPO.

Portrait Beautification Video

OPPO Reno6 Z juga dilengkapi teknologi Portrait Beautification pada video yang memastikan anda tampil sempurna di dalam video.

Dengan menggabungkan hampir 193 titik ciri wajah pada video, OPPO Reno6 Series mampu memberikan anda pencantikkan subjek yang lebih semulajadi pada video Portrait.

Satu lagi ciri terbina didalam Portrait Beautification Video ini adalah algoritma Eye Brightening yang mencerahkan bahagian mata secara automatik yang memastikan penampilan anda pada gambar adalah sempurna sepenuhnya!

Focus Tracking

OPPO Reno6 Z juga menampilkan teknologi pemfokusan video automatik yang lebih baik. Ini memastikan subjek sentiasa berada pada fokus yang sempurna dan tidak kabur.

Anda juga boleh ‘mengunci’ objek untuk di fokus dengan ‘double-tap’. kamera akan mengesan subjek utama dan memfokuskan kepada subjek ini dengan konsisten dan stabil.

Ini membolehkan kamera OPPO Reno6 Z sentiasa mengekalkan fokus kepada subjek yang anda mahu tidak kira apa yang berlaku disekeliling.

Dual-View Video

OPPO Reno6 Z juga membolehkan pengguna merakam video menggunakan kamera hadapan dan belakang serentak.

Ini membuang batasan bahawa video hanya boleh dirakam melalui satu sensor kamera seterusnya membuka prespektif baharu yang membolehkan rakaman video yang lebih interaktif dan beremosi.

Akhir sekali, peranan AI pada telefon pintar kini tidak lagi dapat dinafikan lebih-lebih lagi dari segi fotografi.

Ciri rakaman Video Dual-View akan menjadi kegemaran anda apabila ingin merakamkan detik di konsert, parti hari jadi atau sebagai teman setia untuk merakam detik istimewa ketika bercuti berseorangan.

Air Gestures

OPPO Reno6 Z juga dilengkapi satu ciri luar biasa yang memboehkan anda berinteraksi dengan telefon pintar tanpa perlu menyentuh peranti.

Fungsi Air Gesture pada OPPO Reno6 Z adalah ciri yang kami maksudkan dan ciri ini sudah pastinya akan menjadi penyelamat anda ketika tangan anda sibuk memasak dan kotor.

Selain itu, Air Gesture juga mampu mengecam beberapa gerak isyarat yang membolehkan anda melayari aplikasi media sosial yang popular dan melakukan ‘swipe up’ untuk menjawab panggilan.

OPPO Reno6

OPPO Reno6 pula hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.4-inci, pemproses MediaTek Dimensity 800U 5G, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, pada bahagian kamera pula, OPPO Reno6 menampilkan penggunaan sensor utama 64MP yang dipadankan bersama sensor ultrawide 8MP,  sensor makro 2MP dan sensor suhu warna.

AI Highlight Video

Eksklusif pada OPPO Reno6 adalah ciri AI Highlight Video yang membolehkan sensor mengesam cahaya persekitaran secara automatik, menyesuaikan dengan keadaan cahaya sebenar dan membantu menjadikan video potret yang lebih jelas, lebih terang, dan lebih vivid.

Pada waktu malam, algoritma Ultra Night Video pada AI Highlight Video akan meningkatkan kecerahan mengikut keperluan dan mengekalkan warna sebenar dan meningkatkan kejelasan video secara keseluruhan, ini memastikan tekstur yang lebih terperinci walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Pada siang hari pula, algoritma Live HDR akan diaktifkan dan ini membolehkan kamera membolehkan kamera merakam gambar dengan lebih jelas, mengekalkan warna dan tona asli walaupun di kawasan gelap.

Kemampuan OPPO Reno6 Series untuk menjadi antara telefon pintar midrange dengan ciri rakaman video dan fotografi terbaik adalah hasil daripada gabungan sensor kamera dan perisian eksklusif OPPO.

Ciri Flare Portrait, Portrait Beautification Video, Focus Tracking and AI Palette juga ditawarkan pada OPPO Reno6 5G namun Bokeh Flare Portrait pada OPPO Reno6 bukanya mampu digunakan pada imej malah turut boleh digunakan untuk video.

Konsert Jualan Pertama OPPO Reno6 Series, 5 Selebriti Tanah Air akan menyertai Konsert yang dianjurkan oleh OPPO pada 14 Ogos ini!

5 Selebriti terbaik yang akan menyertai konsert eksklusif ini adalah Khai Bahar, Stacy Anam, Wany Hasrita, Irfan Haris dan Amir Masdi. Anda boleh menonton Jualan Pertama OPPO Reno6 Saksikan konsert ini di OPPO Official Facebook, YouTube dan Official Shopee Store(Shopee Live).

Bagi yang membeli Siri OPPO Reno6 pada hari 14 Ogos, anda akan menerima hadiah bernilai RM779 termasuk Storan Cloud HeyTap 1TB untuk setahun (RM343.00), Powerbank (RM99.00), Pembesar suara Bluetooth (RM99), Kod Promo bernilai RM100 , Baucar Shopee RM30 dan Smart Tag (RM79.00)!Selain itu, OPPO juga akan memberikan Mighty Mug + Culinary Set (bernilai RM159 untuk 100 pelanggan pertama sahaja)

Promosi atas adalah tawaran sepanjang hari, manakala konsert jualan pertama OPPO Reno 6 Series pada 14 Ogos, 8.00 petang akan memberikan extra kod promo giveaway bernilai RM40,000 semasa karnival penjualan pertama yang termasuk OPPO Enco Air dan OPPO Reno6 Z secara percuma!

*Promosi ini hanya sah pada 14 Ogos sahaja

Berikut adalah pautan mudah untuk anda membeli OPPO Reno6 Series dan OPPO Enco Air :

Oppo Reno6 

Oppo Reno6 Z 

Oppo Enco Air 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.