Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Astro lancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100 – Sambutan Hari Kemerdekaan & Ulangtahun ke-25 Astro

Astro mengumumkan tema #KitaTeguhBersama mendasari kempen Hari Kemerdekaan pada tahun ini, sejajar dengan sambutan ulangtahun ke-25 berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa setia bersama, Astro bakal melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100, yang menyajikan program-program hiburan istimewa tempatan dan serantau, judul-judul terkini, filem-filem pecah panggung, dan seleksi dokumentari dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO.

Astro 25’ di Saluran 100 untuk semua 

Mulai 16 Ogos hingga 3 Oktober ini, semua pelanggan Astro boleh menonton ‘Astro 25’ di saluran 100 dan nikmati judul-judul terkini seperti berikut: 

Tanah Tumpahnya Darah Kita
We Are No Different
Journey To Stardom

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai sajian menarik melebihi 150 judul yang membariskan program-program tempatan dan filem-filem serantau, seleksi rancangan realiti dan hiburan kegemaran ramai, dan banyak lagi kejutan menanti anda.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem terhebat tanah air seperti ‘Ola Bola’, ‘The Journey’, ‘Paskal’, ‘Polis Evo’, dan ‘Hantu Kak Limah’, yang mana telah merekodkan kejayaan pecah panggung, melangkaui jangkaan dan impian ramai.

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulangtahun ke-25 Astro dan sajian-sajian menarik menanti anda, serta informasi berkaitan dengan kempen #KitaTeguhBersama, sila layari www.astro.com.my/bettertogether.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.