Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro akan dilancarkan pada 18 Ogos ini

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro akan dilancarkan pada 18 Ogos ini 9

Asus dilihat bakal melancarkan ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro pada 18 Ogos ini dan telefon pintar ini akan tampil dengan cip pemprosesan Snapdragon 888+.

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi Asus telah menyenaraikan telefon pintar ini di laman web rasmi mereka.

 

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro akan dilancarkan pada 18 Ogos ini 10

Dengan itu, telah disahkan bahawa Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro akan hadir dengan cip Snapdragon 888+ yang menjanjikan pretasi yang sedikit baik dari Snapdragon 888.

Skrin paparan yang digunakan pada Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro masih sama iaitu panel AMOLED 144hz berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar latensi skrin yang lebih rendah iaitu 24.0ms berbanding 24.3ms pada ROG Phone 5.

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro akan dilancarkan pada 18 Ogos ini 11

Pada bahagian belakang, Asus ROG Phone 5s mengekalkan logo Republic of Gamers dengan lampu RGB manakala panel belakang ROG Phone 5s Pro skrin PMOLED yang dikenali sebagai ‘ROG Vision Display’.

Bercakap mengenai RAM, Asus menawarkan 4 kapasiti RAM jenis LPDDR5 bagi ROG Phone 5s iaitu 8GB,12GB, 16GB dan 18GB manakala Asus ROG Phone 5s Pro hanya tampil dengan satu pilihan RAM iaitu 18GB RAM.

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro akan dilancarkan pada 18 Ogos ini 12

Lain-lain spesifikasi ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro adalah sama seperti Asus ROG Phone 5.

Akhir sekali, maklumat harga dan tarikh penawaran di pasaran antarabangsa akan diketahui pada 18 Ogos ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.