Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 akan ditawarkan di Malaysia mulai 19 Ogos ini – harga dari RM 899


Selain mengumumkan harga dan maklumat pra-tempahan Samsung Galaxy Z Series di Malaysia, Samsung juga telah mengesahkan bahawa jam pintar Samsung Galaxy Watch4 akan turut dibuka untuk pra-tempahan mulai 19 Ogos ini.

Samsung Galaxy Watch4 dan Samsung Galaxy Watch4 Classic yang akan ditawarkan di Malaysia ini adalah versi Bluetooth dengan harga dari RM 899 sahaja.

Samsung Galaxy Watch4

Samsung Galaxy Watch4

Samsung Galaxy Watch4 versi 40mm akan ditawarkan pada harga RM 899 manakala versi 44mm pula akan ditawarkan pada harga RM 999.

Setiap pembelian Galaxy Watch4 didalam tempoh pra-tempahan akan menerima baucar Samsung Online Store bernilai RM 150.

Samsung Galaxy Watch4 40mm akan ditawarkan didalam warna Black, Pink Gold dan Silver manakala versi 44mm akan ditawarkan didalam warna Black, Green dan Silver.

Samsung Galaxy Watch4 Classic

Samsung Galaxy Watch4 Classic

Samsung Galaxy Watch4 versi 42mm akan ditawarkan pada harga RM 1,699 manakala versi 46mm pula akan ditawarkan pada harga RM 1,399.

Setiap pembelian Galaxy Watch4 Classic didalam tempoh pra-tempahan akan menerima baucar Samsung Online Store bernilai RM 250.

Samsung Galaxy Watch4 Classic 42mm dan 46mm akan ditawarkan didalam warna Black
dan Silver.

Samsung Galaxy Watch4 Series akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 19 Ogos ini di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Samsung Malaysia Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.