Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Pad 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Ogos ini


Selepas lama diperkatakan, Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mi Pad 5 akan dilancarkan pada 10 Ogos ini.

Selain daripada tarikh pelancaran Xiaomi Mi Pad 5, Xiaomi Tidak mendedahkan maklumat lain mengenai tablet ini namun ianya dilihat akan tampil dengan sokongan stylus dan jalur antena disisi juga mengesahkan tablet ini tampil dengan sokongan selular dan penggunaan rangka keluli.

Dalam pada itu, Xiaomi Mi Pad 5 Series dijangka akan terdiri daripada 3 model iaitu Mi Pad 5, Mi Pad 5 Lite dan Mi Pad 5 Pro yang mana ketiga-tiga model ini akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 10.9-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Bercakap mengenai pemproses, Mi Pad 5 dan Mi Pad 5 Pro dijangka akan tampil dengan cip Snapdragon 870 manakala Mi Pad 5 Lite pula dijangka akan menggunakan cip Snapdragon 860.

Selain itu, Xiaomi juga akan memperkenalkan Mi Mix 4 pada 10 Ogos ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.