Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition habis terjual dalam masa 24 jam selepas pra-tempahan dibuka

Telefon pintar gaming Asus ROG Phone 5 telah mula ditawarkan di Malaysia beberapa bulan lalu namun model yang paling mencuri perhatian iaitu Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition telah dibuka untuk pra-tempahan sejak 8 Ogos.

Apa yang lebih mengejutkan adalah Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition yang bernilai RM 4,999 ini telah habis ditempah didalam masa  24 jam selepas pra-tempahan dibuka.

Baca Ulasan : ULASAN : Asus ROG Phone 5 Malaysia – Peranti Gaming Mantap Yang Menyerlahkan Sepenuhnya Potensi Snapdragon 888 Pada Harga Dari RM 2,999

Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition ini akan ditawarkan didalam warna Storm White sahaja dan anda akan turut menerima AeroActive Cooler dan satu kotak hadiah khas edisi peminat.

Selain itu, pembelian Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition ini juga akan menerima ROG Strix Core bernilai RM 1,099 (warna putih) secara percuma.

Anda boleh melihat maklumat pra-tempahan Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition  di Shopee dan Lazada.

Bagi yang berjaya membuat pra-tempahan, stok Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition anda akan dihantar mulai 23 Ogos ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.