Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Cip pemprosesan Tensor pada Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 mungkin adalah cip Exynos khas yang dibangunkan Samsung

Sejak pengumuman rasmi mengenai Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang akan hadir dengan cip pemprosesan Tensor, spekulasi mengatakan bahawa cip ini telah dibangunkan oleh Samsung.

Walaubagaimanapun apa yang lebih besar adalah bahawa Tensor merupakan versi pemproses Exynos yang masih dijenama semula iaitu Exynos 9855 dengan kodnama Whitechapel atau Tensor yang kod nama yang digunakan oleh Google.

Cip pemproses ini dilaporkan dibangunkan bersama-sama Exynos 9925 yang akan dilancarkan sebagai Exynos 2200 tahun depan pada Samsung Galaxy S22 Series dan cip ini akan memiliki GPU AMD RDNA2.

Selain itu, reka bentuk dalaman cip Tensor ini juga lebih menyamai Exynos 9840 yang dipasaran sebagai Exynos 2100 dan telah digunakan pada Galaxy S21 Series.

Ini juga bermaksud pretasi pemproses yang bakal ditawarkan oleh Tensor adalah diantara Exynos 2100 dan Exynos 2200.

Jika perkara ini benar, Samsung dilihat mempunyai penglibatan yang besar didalam projek pemproses Google Tensor.

Akhir sekali, kerjasama Samsung dan Google didalam pembangunan Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 mungkin lebih dari segi pembangunan cipset sahaja.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.