Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia RedMagic 6R kini rasmi di Malaysia – telefon pintar gaming Snapdragon 888 pada harga dari RM 2,099 sahaja


Selang tiga bulan selepas pelancaran Nubia Red Magic 6, Nubia telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar flagship gaming iaitu Red Magic 6R pada bulan Jun yang lalu dan telefon pintar ini kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

nubia Red Magic 6R hadir dengan reka bentuk yang lebih universal dan nipis serta sesuai untuk semua golongan pengguna.

nubia Red Magic 6R hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 144Hz, pemproses Snapdragon 888, 8 atau 12GB RAM manakala storan dalaman adalah antara 128GB atau 256GB.

Selain itu, Red Magic 6R juga mempunyai butang shoulder triggers yang merupakan sensor sesentuh 400Hz.

Pada bahagian kamera, Red Magic 6R hadir dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, nubia Red Magic 6R hadir dengan bateri berkapasiti 4,200mAh dan ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 30W.

nubia Red Magic 6R akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Cosmos Black dan Mercury Silver.

Harga nubia Red Magic 6R adalah seperti berikut :

nubia RedMagic 6R 8/128GB – RM 2,099 

Beli nubia RedMagic 6R 8/128GB di Stor rasmi nubia Malaysia di Shopee

nubia Red Magic 6R 12/256GB – RM 2,599

Beli nubia RedMagic 6R 12/256 GB di Stor rasmi nubia Malaysia di Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.