Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme kini telah berjaya menjual 100 juta unit telefon pintar – syarikat terpantas untuk mencapai jumlah ini


realme secara rasminya telah mengumumkan bahawa syarikat ini telah berjaya menjual 100 juta unit telefon pintar diperingkat global.

Pencapaian ini adalah hasil daripada pretasi baik pada tahun 2020 dan 2021 walaupun krisis ekonomi yang dihadapi akibat Covid-19, sekaligus meletakkan realme sebagai syarikat telefon pintar terpantas untuk mencapai angka juala 100 juta unit iaitu didalam masa tiga tahun selepas syarikat ini ditubuhkan.


Selain itu, realme juga meneruskan momentum pertumbuhan dengan prestasi jualan yang baik pada suku ke-2 2021 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 149% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Pencapaian ini mengkuhkan lagi kedudukan realme sebagai syarikat telefon pintar ke-7 terbesar dunia yang kini ditawarkan di 61 negara seluruh dunia.

Selain itu, realme juga merupakan syarikat pertama untuk melancarkan telefon pintar 5G pada harga dibawah $200 (RM 843).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.