Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama – Samsung Galaxy Tab A7 Lite – Tablet Mampu Milik pada harga RM 699

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 17
Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Ketika rakyat Malaysia digesa kekal didalam rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan covid-19, memiliki sebuah peranti produktiviti yang boleh digunakan sebagai satu medium hiburan mahupun pembelajaran anak- anak dilihat sebagai satu keperluan baharu.

Menyedari keadaan ini, Samsung Malaysia telah melancarkan tablet mampu milik Samsung Galaxy Tab A7 Lite ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga RM 699 sahaja.

Samsung Galaxy Tab A7 Lite boleh dikatakan sebagai antara tablet dengan harga paling mampu milik dipasaran tempatan namun kami amat tertarik dengan reka bentuk dan kebolehan tablet ini.

Berikut adalah pandangan pertama kami mengenai tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite sejurus ianya dinyahkotak.

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 18

Apa yang ada didalam kotak?

Sejurus selepas membuka kotak, anda akan dapat melihat tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite baharu anda yang dilapik didalam beg kertas lembut berwarna putih dan bukanya plastik seperti yang biasa digunakan untuk melapik telefon pintar atau tablet.

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 19

Selain itu, turut disertakan didalam kotak pembelian Galaxy Tab A7 Lite ini adalah satu adapter pengecasan, kabel USB-C dan beberapa risalah yang terdiri daripada manual pengguna dan kad waranti.

Akhir sekali harus juga kami maklumkan bahawa anda tidak akan menerima sebarang case didalam kotak dan skrin juga tidak dilapisi sebarang filem. ( beli siap-siap guys!).

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 20
Paparan Hadapan Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Samsung Galaxy Tab A7 Lite tampil dengan skrin paparan berukuran 8.7-inci yang lebar untuk anda menikmati filem dan permainan video kegemaran anda sepanjang hari.

Selain itu, nisbah skrin kepada rangka yang tinggi juga membolehkan saiz keseluruhan tablet ini kekal kompak dan ringan iaitu dengan berat hanya 366gram.

Skrin paparan Samsung Galaxy Tab A7 Lite yang berukuran 8.7-inci juga menawarkan anda resolusi HD+ 1340 x 800 piksel.

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 21

Reka Bentuk Premium dengan Chasis Keluli

Sekilas pandang, Samsung Galaxy A7 Lite tidak kelihatan seperti tablet bajet malah pasti ramai yang turut keliru kerana ianya tampil dengan reka bentuk yang premium dan nipis.

Samsung Galaxy A7 Lite tampil dengan chasis bahagian atas dan bawah yang berasakan keluli yang memberikan ianya satu asas yang kukuh namun masih mengekalkan profil nipis 8.0mm sahaja.

Anda boleh memiliki Samsung Galaxy Tab A7 Lite ini didalam dua pilihan warna iaitu Gray dan Silver.

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 22

Pembesar Suara Dolby Atmos

Samsung Galaxy Tab A7 Lite dilihat juga mampu menawarkan pengguna kualiti audio yang imersif kerana tablet ini tampil dengan sistem pembesar suara stereo Dolby Atmos.

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 23
4GB RAM + 64GB Storan Dalaman

Walaupun hadir sebagai tablet mampu milik, Samsung Galaxy Tab A7 Lite disertakan dengan 4GB RAM yang memudahkan lagi proses multitasking manakala storan dalaman adalah 64GB dengan kebolehan menambah storan sehingga 1TB menggunakan slot MicroSD.

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 24

Bateri 5,100mAh untuk hiburan atau pembelajaran sepanjang hari – pengecasan pantas 15W juga di sertakan !

Samsung Galaxy Tab A7 Lite dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,100mAh yang menjanjikan anda pengunaan yang lebih lama tidak kira apa yang anda lakukan pada tablet.

Bersama-sama bateri berkapasiti 5,000mAh, Samsung Galaxy Tab A7 Lite juga menyokong pengecasan pantas 15W yang memastikan anda tidak perlu menanti lama untuk mengecas peranti ini.

Pandang Pertama - Samsung Galaxy Tab A7 Lite - Tablet Mampu Milik pada harga RM 699 25

Dapatkan Samsung Galaxy Tab A7 Lite sekarang pada harga RM 699 di Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.