Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pendapatan Suku Ke-3 2021 bagi Apple meningkat 36% – jualan iPhone meningkat 50%


Apple baru sahaja melaporkan laporan prestasi kewangan syarikat ini bagi suku ketiga 2021 dan pendapatan syarikat ini telah meningkat sebanyak 36% berbanding tahun lalu kepada $81.41 bilion.

Selain itu, pendapatan daripada jualan iPhone juga telah meningkat 50% iaitu sebanyak $39.57 bilion manakala perkhidmatan Apple juga meningkat 33% iaitu sebanyak $17.48 bilion.

Selain itu, pendapatan dari Mac dan iPad juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak $8.24 bilion bagi Mac dan $7.37 bilion oleh iPad.

Dalam pada itu, kategori produk ‘others’ yang merangkumi pelbagai produk seperti AirPods dan Apple Watch juga mencapai $8.77 bilion

Penganalisa juga berpendapat bahawa pandemik memainkan peranan didalam peningkatan pendapatan kerana dunia sudah mula beralih kepada ekosistem kerja dan pembelajaran dari rumah.

Dalam pada itu, pelancaran generasi baharu iPhone pada bulan September dijangka akan mendorong kepada peningkatan pendapatan Apple bagi bulan bulan yang akan datang.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.