Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Pro dikatakan akan menggunakan chasis Titanium yang lebih kukuh dan ringan


Apple dilaporkan sedang merancang untuk menggunakan bahan titanium pada Apple iPhone 14 Pro dan perkara ini telah dinyatakan didalam nota pelabur oleh pejabat JP Morgan Chase di China.

Titanium pada Apple iPhone 14 Pro dijangka akan digunakan pada chasis luar atau rangka dalaman atau kedua-duanya sekali dan pengalaman Apple didalam pengalaman penggunaan titanium pada Apple Watch dan Apple Card sudah pasti akan berguna untuk syarikat ini.

Titanium adalah lebih kukuh berbanding keluli yang lain iaitu 3 kali ganda lebih kukuh berbanding besi namun lebih ringan. Walaubagaimanapun antara kekurangan titanium adalah ianya cepat menarik kotoran yang mungkin menjejaskan astetik telefon pintar ini.

Selain itu, Apple dikatakan hanya akan menggunakan titanium pada Apple iPhone 14 Pro yang akan dilancarkan pada tahun 2022.

JP Morgan juga mengesahkan bahawa Apple iPhone 14 Series tidak akan mempunyai model mini sebaliknya dua model iPhone dengan skrin 6.1-inci dan dua model iPhone dengan skrin 6.7-inci akan dilancarkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.