Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno6 Series 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 5 Ogos ini

OPPO Reno6 Series 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 5 Ogos ini 3
OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri Oppo Reno6 Series 5G akan dilancarkan di Malaysia minggu hadapan iaitu pada 5 Ogos 2021.

Majlis pelancaran Oppo Reno6 Series dijangka akan menyaksikan pelancaran dua model iaitu Reno6 dan Reno6 Z 5G yang memfokuskan kepada kebolehan fotografi yang lebih.

Antara ciri menarik yang akan ditawarkan pada Oppo Reno6 dan Oppo Reno6 Z adalah teknologi fotografi yang menarik seperti rakaman Bokeh Flair Potrait dan Beautification Video yang dikuasakan oleh Tri-Kamera AI 64MP.

Selain itu, para peminat yang menonton siaran langsung majlis pelancaran Oppo Reno6 Series juga berpeluang untuk memenangi satu unit Oppo Reno6 Z kepada 15 pemenang bertuah.

Majlis pelancaran Oppo Reno6 Series 5G ini boleh ditonton di Facebook Oppo atau di YouTube OPPO yang turut akan menyaksikan penampilan khas dari selebriti tempatan seperti Puteri Aishah, Elizabeth Tan, dan SonaOne.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.