Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 13 Series mungkin hadir dengan sokongan pengecasan pantas 25W


Episod khabar angin Apple iPhone 13 Series dilihat sentiasa konsisten di Internet dan yang terbaru adalah mengenai kelajuan pengecasan pantas yang akan ditawarkan pada telefon pintar ini.

Laporan terbaru daripada MyDrivers mendedahkan bahawa Apple mungkin meningkatkan kadar pengecasan beberapa model iPhone 13 Series kepada output maksima 25W.

Sebagai perbandingan, Apple iPhone 12 Series hanya menyokong kadar pengecasan 20W namun peningkatan ke output 25W dijangka tidak membawa perbezaan yang drastik didalam tempoh pengecasan.

Selain itu, MyDrivers juga mendakwa bahawa adapter 18W tidak akan dijual lagi oleh Apple manakala adapter 25W pula akan ditawarkan pada harga yang sedikit tinggi berbanding adapter 20W yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM99.

Adapter pengecasan yang baharu juga bermaksud bahawa pengguna sediada Apple yang mempunyai adapter 20W kini mung harus membeli adapter baharu bersama-sama generasi baharu iPhone ini.

Selain itu, laporan sebelum ini juga menyebut bahawa kadar pengecasan tanpa wayar juga akan ditingkatkan yang kini adalah 15W.

Majlis pelancaran Apple iPhone 13 Series dijanhka akan berlangsung pada bulan September iaitu kurang dua bulan sahaja lagi.

Sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.