Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DIZO Watch dan DIZO GoPods D kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 89 sahaja


DIZO, jenama produk AIoT milik realme kini telah memulakan pengembaraan mereka di pasaran Malaysia dan sebagai permulaan dua produk AIoT terbaru mereka iaitu jam pintar
DIZO Watch dan earbuds tanpa wayar DIZO GoPods D pada harga yang sangat berpatutan.


DIZO Watch merupakan jam kecergasan pintar yang hadir dengan skrin paparan TFT berukuran 1.4-inci yang mempunyai resolusi 320×320 dan kecerahan maksima 600nits.

Selain itu, DIZO Watch juga hadir dengan 90 mod kecergasan, 12 hari jangka hayat bateri, sensor degupan jantung dan bacaan oksigen dalam darah SpO2.

DIZO Watch juga memiliki lebih 100+ watchfaces yang tersedia untuk disesuaikan mengikut citarasa anda dan ianya juga kalis air IP68.

DIZO Watch akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 199 dan pembelian boleh dibuat di stor flagship rasmi DIZO Malaysia di Shopee.

Beralih kepada DIZO GoPods D pula, ianya memiliki pemacu 10mm yang dilengkapi Bass Boost+ dan ianya juga menawarkan pendengaran muzik sehingga 5 jam dengan pengecasan penuh dan tambahan 20 jam lagi dengan bekas pengecasan.

DIZO GoPods D juga memiliki mod permainan yang mengurangkan kadar latensi hingga 110ms.

DIZO GoPod D  juga mempunyai pensijilan IPX4 yang kalis peluh semasa melakukan aktiviti kecergasan namun ianya hanya bagi erabuds.

DIZO GoPods D akan ditawarkan pada harga RM 89 dan tampil didalam dua warna iaitu Hitam dan Putih.

Promosi Beli 1 Percuma 1 


Sempena meraikan pelancaran jenama ini di pasaran tempatan, DIZO Malaysia akan menawarkan promosi terhad dimana
setiap pembelian DIZO Watch juga akan turut menerima DIZO GoPods D secara percuma iaitu dari 16 hingga 25 Julai 2021 di stor rasmi DIZO Malaysia Shopee.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.