Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran realme X9 Series dijangka akan berlangsung didalam waktu terdekat


Satu model telefon pintar realme dengan nombor RMX3361 yang dikatakan sebagai model didalam siri realme X9 telah dikesan pada beberapa pangkalan data institusi pensijilan.

Model RMX3361 telah dikesan di pangkalan data TENAA dan 3C manakala realme X9 Pro dengan nombor RMX3381 pula telah dikesan di EEC yang mendedahkan spesifikasi telefon pintar ini.

Pensijilan realme X9 di TENAA mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan 6.43-inci iaitu panel AMOLED manakala kapasiti bateri adalah 4,200mAh.

Selain itu, realme X9 juga akan hadir dengan antaramuka realme OS 2.0 yang berasaskan sistem operasi Android 11 manakala pensijilan di 3C juga mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan membawakan sokong pengecasan pantas 65W.

Dalam pada itu, realme X9 Pro (RMX3381) telah dikesan di pangkalan data EEC di Rusia dan ianya akan tampil dengan skrin paparan Super AMOLED 6.55-inci, Snapdragon 870, sehingga 12GB RAM, sensor kamera utama 50MP Sony IMX766 dan bateri berkapasiti 4,400mAh.

Buat masa ini realme masih belum mengesahkan bila telefon pintar realme X9 Series akan dilancarkan namun berdasarkan segala pensijilan yang diterima, ianya dijangka berlangsung didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.