Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 5G versi global akan ditawarkan di Shopee mulai 7 Julai ini – harga dari RM 1,849


Telefon pintar flagship realme iaitu realme GT 5G telah dilancarkan untuk pasaran global baru-baru ini namun sehingga kini masih belum ada sebarang pengumuman mengenai bila telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Bagi yang tidak boleh menanti pelancaran rasmi realme GT 5G di Malaysia, satu pengedar bertauliah ‘realme Factory Store’ di Shopee bakal menawarkan realme GT 5G mulai 7 Julai ini pada harga dari RM 1,849.

realme GT 5G yang ditawarkan ini adalah versi global RU atau NA yang mungkin merujuk kepada unit untuk jualan di Rusia dan Amerika Utara dengan jaminan waranti setahun.

realme GT 5G yang ditawarkan pengedar ini ditawarkan didalam dua versi iaitu versi 8/128GB pada harga RM 1,849 dan versi 12/256GB pada harga RM 2,095.

realme GT 5G  ini ditawarkan  didalam tiga warna iaitu Galactic Silver, Deep Sea Blue, dan Dawn Yellow yang mempunyai kemasan seperti kulit.

Selain itu, pengedar ini juga menawarkan realme Buds Q2 secara percuma bagi 100 pembeli pertama.

Jika anda berminat untuk mendapatkan realme GT 5G ini anda boleh mengunjungi realme Factory Store di Shopee. (Jualan akan bermula pada 7 Julai 2021).

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.