Dapatkan Vaskin dan menangi jam Garmin Venu 2 atau 2s bernilai RM 1,799 melalui pertandingan #GarminCucukReward
Garmin Malaysia telah bersama dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia untuk mendorong rakyat Malaysia mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19.
Dalam meraikan Bulan Kesedaran Kesihatan, Garmin Malaysia telah mengumumkan pertandingan yang memfokuskan kepada rakyat untuk mendorong mereka untuk bersama-sama mencapai imuniti kelompok yang mampu memberikan kita peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Pertandingan ini adalah untuk memotivasi orang untuk menghasilkan kandungan di media sosial sambil menyebarkan kesedaran positif mengenai vaksin di seluruh negara.
Pertandingan ini akan berlangsung dari 2 Julai hingga 2 Ogos 2021, pertandingan ini melibatkan para peserta dalam membuat dan memuatnaik kandungan kreatif pengalaman vaksinasi mereka di Instagram menggunakan templat rasmi Garmin berserta hashtag: #GarminCucukReward dan tag akaun rasmi Garmin Malaysia.
Pemenang berpeluang menerima Garmin Venu 2 atau Garmin Venu 2s yang bernilai RM 1,799, yang kedua-duanya dilengkapi dengan fungsi Pulse Oximetry.
Terma dan Syarat Pertandingan
Warganegara Malaysia dialu-alukan untuk turut serta dengan memuatnaik gambar atau video Instagram menggunakan templat rasmi Garmin untuk kempen ini.
Untuk menyertai , peserta mesti mempunyai bukti pengesahan vaksinasi dari aplikasi MySejahtera atau Selangkah.
Peserta perlu tag akaun instagram Garmin Malaysia di @GarminMalaysia dan sertakan hashtag, #GarminCucukReward
Pengumuman pemenang akan dibuat di Instagram Garmin Malaysia pada 9 Ogos 2021.
● Tarikh: 2 Julai 2021 – 2 Ogos 2021
● Platform: Instagram (IG)
● Templat Garmin: https://bit.ly/2Tt60qJ
● Akaun Instagram Garmin Malaysia
● Hashtag: #GarminCucukReward
● Hadiah: Garmin Venu 2 atau Venu 2s (bernilai RM 1,799)
● Kelayakan: Warganegara Malaysia dengan bukti pengesahan vaksinasi dari aplikasi MySejahtera atau Selangkah
● Tarikh Pemenang di umumkan : 9 Ogos 2021