Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Nova 8i, FreeBuds 4 dan 2 panel skrin HUAWEI MateView akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Julai ini


Huawei secara rasminya telah mengesahkan bahawa HUAWEI nova 8i, HUAWEI FreeBuds 4, HUAWEI MateView da. HUAWEI MateView GT akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Julai ini.

Huawei Nova 8i adalah telefon pintar pertama HUAWEI bagi tahun ini dan Malaysia menjadi antara negara terawal menerima telefon pintar ini.

Antara ciri menarik yang akan dimiliki oleh HUAWEI Nova 8i adalah skrin paparan HUAWEI Edgeless Display berukuran 6.67-inci yang mempunyai nisbah skrin kepada rangka 94.7%, 64MP AI Quad Kamera dan pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge.

Selain itu, HUAWEI juga akan membawa masuk TWS terbaru syarikat ini ke pasaran tempatan iaitu HUAWEI FreeBuds 4 yang hadir dengan teknologi Open-fit Active Noise Cancellation  dan reka bentuk ergonomik yang memastikan pemakaian yang selesa sepanjang hari.

HUAWEI FreeBuds 4 kini rasmi – TWS flaghsip terbaru Huawei pada harga dari RM 640

Seterusnya, HUAWEI juga mengesahkan dua panel skrin flagship HUAWEI MateView dan HUAWEI MateView GT yang dilancarkan pada pelancaran HarmonyOS baru-baru juga akan memasuki pasaran tempatan.

Monitor Gaming HUAWEI MateView GT 165Hz kini rasmi – Monitor MateView juga diumumkan

Anda boleh menonton siaran langsung majlis pelancaran produk terbaru HUAWEI ini di Facebook Huawei Malaysia pada 6 Julai ini bermula jam 7 malam

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.