Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno5 5G dan Reno5 F Edisi Terhad kini ditawarkan pada harga dari RM 1,199 sahaja

Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa Oppo Reno5 5G dan Reno5 edisi terhad kini ditawarkan di Malaysia pada harga yang sama seperti edisi biasa.

Oppo Reno5 5G x Phei Yong akan ditawarkan pada harga RM 1,699 dan setiap pembelian juga akan menerima Powerbank Fast-Charging 10,000mAh, case glow-in-the-dark, kotak hadiah eksklusif yang mempunyai autograf Phei Yong dan MK K-Clique serta baucar bernilai RM 20 (baucar KFC bagi semenanjung Malaysia) dan (kredit Touch ‘n Go).

Selain itu, bagi pembelian Oppo Reno5 5G x Phei Yong di Shopee, anda turut akan menerima tambahan Oppo Enco Buds dan RM 20 baucar GrabFood.

OPPO Reno5 F x MK K-Clique pula akan ditawarkan pada harga RM 1,199 dan setiap pembelian akan menerima Powerbank Fast-Charging 10,000mAh, case glow-in-the-dark, kotak hadiah eksklusif yang mempunyai autograf Phei Yong dan MK K-Clique.

Dalam pada itu, pembelian OPPO Reno5 F x MK K-Clique di Shopee, pula akan menerima tambahan Oppo Enco Buds dan RM 20 baucar GrabFood.

Anda kini boleh mendapatkan Oppo Reno5 5G dan Reno5 edisi terhad di My OPPO Spaces, stor My OPPO Brand, stor atas talian rasmi OPPO atau stor OPPO di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.