Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI FreeBuds 4 kini rasmi – TWS flaghsip terbaru Huawei pada harga dari RM 640

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan TWS flagship terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI FreeBuds 4 ke pasaran China dan ianya hadir dengan cip Kirin A1 dan reka bentuk yang sama seperti FreeBuds 3.

HUAWEI FreeBuds 4 hadir dengan 14.3mm dynamic driver dan terdapat tiga mikrofon untuk panggilan suara dan pembatalan ANC.


Bercakap mengenai pembatalan bunyi ANC, ianya mampu mengurangkan sehingga 25dB bunyi persekitaran.

Selain itu, FreeBuds 4 juga hadir dengan Bluetooth 5.2 yang menyokong sambungan pada 2 peranti serentak, mod clear voice untuk vlogger dan low latency 90ms khusus untuk sesi gaming.

Beralih kepada bateri, FreeBuds 4 menawarkan sehingga 4 jam pendengaran pada earphone sahaja manakala dengan pengecasan, anda boleh menikmati sehingga 22 jam pendengaran.

Selain itu, 15 minit pengecasan juga mampu memberikan anda sehingga 2.5 jam pendengaran dan anda juga boleh mengecas bekas ini menggunakan USB-C atau pengecas tanpa wayar Qi.

HUAWEI FreeBuds 4 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Putih, Silver dan Red pada harga CNY 999 (RM 640).

HUAWEI FreeBuds 4 akan memasuki pasaran China pada 6 Jun namun maklumat penjualan dipasaran antarabangsa masih belum diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.